IBADAH HAJI DAN UMRAH
DEFINISI:
Haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi.
Manakala dari segi istilah pula bermaksud mengunjungi Baitullah
Al-Haram di Mekah untuk menunaikan segala perbuatan-perbuatan haji yang telah
diperintahkan oleh Allah demi mengharapkan keredhaanNya pada masa tertentu
dengan syarat-syarat tertentu.
Pengertian Umrah pada bahasa : Ziarah.
Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan
ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.
Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukumnya wajib ke
atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan,
sekali dalam seumur hidup berdasarkan dalil yang terdapat di dalam
Al-Quran , As-Sunnah dan Ijma’ Ummah.
i) Dalil dari Al-Quran :
Firman Allah Taala :
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ
اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً
Maksudnya : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji
dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
[Surah Ali-Imran : 197]
ii) Dalil dari As-Sunnah :
Sabda Rasulullah SAW.
بُنِيَ الإِسلامُ عَلى خَمْسٍ: شَهادَةِ أَنْ لا
إِلهَ إلاّ اللّهُ, وَأَنّ محمداً رسولُ اللّهِ, وَإقامِ الصلاةِ, وإِيتاءِ
الزّكاةِ, والحَجّ, وصَوْمِ رَمَضان.
Maksudnya : Islam dibina di atas lima perkara, Pengakuan bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat,
Menunaikan zakat, Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan.
Ibadat haji hanya difardhukan sekali sahaja seumur hidup bagi
setiap muslim. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW. kepada Al-Aqra’ bin Habas
apabila ditanya adakah haji itu setiap tahun atau hanya sekali sahaja? Lalu
baginda menjawab : hanya sekali sahaja, dan barangsiapa yang menambahnya, maka
itu menjadi sunat.
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN HAJI DAN UMRAH
PERBEZAAN IBADAH HAJI
|
IBADAH UMRAH
|
HUKUM MENGERJAKAN HAJI
Haji adalah wajib dilakukan sekali
sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu.
Haji hanya boleh dilakukan pada bulan
haji sahaja.
hari kemuncaknya ialah pada hari
Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.
ibadah haji dilaksanakan pada waktu
tertentu mulai dai bulan syawal hingga terbit fajar tanggal 10 Dzulhijjah,
|
HUKUM MENGERJAKAN UMRAH
Mengikut pendapat yang terkuat dalam
Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam Mazhab Maliki, Ibadah
Umrah adalah sunat mua'akkadah yang mana ia adalah sunat yang digalakkan. Dan
pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali dan jika diulangi
menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan pada
bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji.
Umrah boleh dilaksanakan sepanjang
tahun.
Umrah disebut juga haji kecil,
|
RUKUN HAJI ADA 6
1) Niat
2) Wukuf di Arafah
3) Tawaf di Baitullah
4) Saie antara Safa dan Marwah
5) Bercukur atau bergunting
6) Tertib
Ihram bererti memakai pakaian ihram di
Miqat tertentu serta niat
|
RUKUN UMRAH ADA 5
1) Niat
(wajib berniat di Miqat)
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan
Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib
Ihram bererti memakai pakaian ihram di
miqat tertentu serta niat.
|
WAJIB HAJI ADA 7 PERKARA
a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada
10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2
malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya
dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada (selamat tinggal
|
WAJIB UMRAH
Niat Ihram Di Miqat
Meninggalkan perkara-perkara larangan
semasa ihram
|
NIAT
IHRAM HAJI
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji
dan berihram dengannya kerana Allah Taal
|
NIAT IHRAM UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan
umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
|
Wukuf maksudnya berhenti seketika di
Arafah di antara waktu gelincir matahari hari ke-9 hingga terbit fajar hari
yang ke-10 Zulhijjah.
Tidak sah sekiranya ia dilakukan
selepas waktu ini kerana terlepas bermalam di Muzdalifah.
Adalah menjadi sunat sekiranya dapat
dihimpunkan waktu zohor pada 9 Zulhijjah dengan asar pada waktu wukuf dengan
jamak takdim.
TAWAF HAJI
Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah
sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.
Niat mengerjakan haji.
. نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ
تَعَاَلَ
Daku mengerjakan Haji dan berihram
dengannya kerana Allah Ta’ala.
Niat mengerjakan Haji dan Umrah
serentak (Haji Qiran):
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ
تَعَاَلَى
Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta
berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Ta’ala
SUNAT HAJI
a. Mandi untuk ihram dan waktu masuk
Mekah
b. Membaca talbiah berulang-ulang
c. Tawaf qudum, tawaf sewaktu tiba di
Mekah
d. Mabit (bermalam) di Mina pada malam
tanggal 8 Zulhijah (sewaktu menuju Arafah untuk wukuf disana
Haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam
di Muzdalifah dan Mina dan Melontar Jamrah.
CARA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH
a. Cara tamattuk iaitu mendahulukan
umrah sebelum haji dalam bulan-bulan haji.
b. Cara ifrad iaitu mendahulukan haji
sebelum umrah di dalam bulan-bulan haji.
c. Cara qiran iaitu dibuat haji dan
umrah sekali gus Haji Tamattuk
Apabila seseorang itu sampai di
Miqat/Jeddah dia terus berniat mengerjakan umrah sahaja, lalu dia masuk ke
Makkah membuat tawaf umrah, bersai dan bercukur. Dengan ini dia keluar dari
ihram. Ia boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali
memburu binatang di tanah haram atau mencabut pokoknya kerana larangan ini
tetap ada dalam tanah haram pada bila-bila masa. Apabila sampai 8/9 Zulhijjah
barulah dia berihram untuk haji pula dari tempat tinggalnya di Makkah dan
meneruskan amalan hajinya. Orang ini dikenakan dam.
Haji Ifrad
Apabila seseorang itu sampai ke
Miqat/Jeddah ia terus berniat haji dan dia masuk ke Makkah membuat tawaf
Qudum (selamat datang) hukumnya sunat dan dia boleh membuat sai haji jika ia
mahu dan tetap dalam ihram hingga selesai amalan haji. Kemudian barulah dia
boleh membuat umrah.
Haji Qiran
Apabila seseorang itu sampai ke
Miqat/Jeddah ia berniat haji dan umrah sekali gus. Dia meneruskan amalan haji
sahaja. Umrahnya termasuk sekali. Orang ini juga dikenakan dam.
|
Umrah tidak ada wukuf di padang Arafah.
TAWAF UMRAH
Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah
sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya
Niat mengerjakan umrah
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى
Daku mengerjakan Haji dan berihram
dengannya kerana Allah Ta’ala.
Tiada.
Sunat Umrah
Sebelum berihram
SUNAT UMRAH
1. memotong kuku
2. menanggalkan bulu ketiak,bulu
ari-ari , mengandam misai dan rambut.
3. Mandi sunat ihram.
4. Memakai minyak rambut atau bau bauan
(minyak wangi)
5. Memakai pakaian ihram berwarna putih
6. Sembahyang sunat ihram
7. Membaca talbiah.
Umrah Tiada semua itu.
|
PERSAMAAN IBADAH HAJI
|
IBADAH UMRAH
|
HUKUM MENUNAIKAN HAJI
Hukumnya fardu ain.
SYARAT WAJIB HAJI
•(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
•(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
•(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
•(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
•(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak
ada upaya dan tiada kuasa.
PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM
HAJI
Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan
menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian,
dan makanan.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
Mencabut bulu atau rambut dari badan
Memotong kuku.
Membunuh binatang buruan.
Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu
syahwat.
Jimak (bersetubuh)
Melakukan akad nikah, mewalikan
pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah
tidak sah.
|
HUKUM MENUNAIKAN UMRAH
Hukumnya fardu ain.
SYARAT WAJIB UMRAH
•(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
•(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
•(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
•(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
•(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak
ada upaya dan tiada kuasa.
PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM
UMRAH
Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan
menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian,
dan makanan.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
Mencabut bulu atau rambut dari badan
Memotong kuku.
Membunuh binatang buruan.
Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu
syahwat.
Jimak (bersetubuh)
Melakukan akad nikah, mewalikan
pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah
tidak sah.
|
JENIS-JENIS TAWAF
1.Tawaf Ifadhoh.(rukun)
2.Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang
dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.
3.Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal
dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
4.Tawaf Sunat
5.Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan
kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.
|
JENIS-JENIS TAWAF
1. Tawaf Ifadhoh.(rukun)
2 Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang
dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.
3.Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal
dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
4.Tawaf Sunat
5.Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan
kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.
|
SYARAT-SYARAT TAWAF
Suci daripada hadas besar pada badan,
pakaian, tempat tawaf.
Menutup aurat.
Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan
berniat tawaf ketika itu.
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri
dan berjalan ke hadapan
Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.
Cukup 7 kali dengan yakin
Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di
luar dari Hijir Ismail Syazarwan.
|
SYARAT-SYARAT TAWAF
Suci daripada hadas besar pada badan,
pakaian, tempat tawaf.
Menutup aurat.
Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan
berniat tawaf ketika itu.
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri
dan berjalan ke hadapan
Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.
Cukup 7 kali dengan yakin
Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di
luar dari Hijir Ismail Syazarwan.
|
SUNAT-SUNAT TAWAF
Berjalan kaki
Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang
diiringi dengan sae’i (lelaki)
Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun
Yamani dan tidak mengucupnya.
Membaca zikir dan doa.
Berturutan 7 kali pusingan.
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
Sembahyang sunat Tawaf
|
SUNAT-SUNAT TAWAF
Berjalan kaki
Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang
diiringi dengan sae’i (lelaki)
Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun
Yamani dan tidak mengucupnya.
Membaca zikir dan doa.
Berturutan 7 kali pusingan.
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
Sembahyang sunat Tawaf
|
Sa’i ialah berjalan dari bukit Shafa
menuju bukit Marwah sebanyak tujuh kali yang diakhiri di bukit Marwah.
|
Sa’i ialah berjalan dari bukit Shafa
menuju bukit Marwah sebanyak tujuh kali yang diakhiri di bukit Marwah.
|
TAHALLUL
HAJI
Tahallul
haji terbahagi kepada dua bahagian iaitu: " Tahallul Awal "
Tahallul Thani Tahallul Awal (pertama) ialah apabila seseorang itu selesai
mengerjakan dua dari tiga perkara berikut:-
i)
melontar jumrah Aqabah;
ii)
tawaf rukun;
iii)
bercukur atau bergunting
Tahallul
Thani (Kedua) ialah apabila seseorang itu selesai mengerjakan ketiga-tiga
perkara yang tersebut di atas. Setelah selesai melakukan tahallul awal
(pertama), para haji bolehlah melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam
masa ihram, melainkan tiga perkara masih terlarang, iaitu:
1.
Berkahwin, mengahwinkan (menjadi wali) dan menerima wakil kahwin,
2.
Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium-ciuman,
bercumbu- cumbu dan sebagainya dan,
3.
Bersetubuh
Sebaliknya
apabila telah selesai melakukan tahallul kedua, maka tidak ada lagi pantang
larang semasa berihram itu sama sekali.
SUNAT-SUNAT
SEMASA BERCUKUR
Perkara-perkara
yang sunat dilakukan semasa bercukur atau bergunting rambut itu diantaranya
ialah:-
1.
Memulakan bercukur di sebelah kanan, kemudian baru yang kiri,
2.
Menghadap kiblat (Ka'bah)
3.
Bertakbir serta berdoa,
4.
Mengandam misai dan memotong kuku, Bagi orang yang berkepala botak, maka
sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya, walaupun tiada berambut.
Miqat makani
bagi ibadat haji ialah:
a)
bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan
Kuwait
ialah Qarnul Manazil. (94km dari
Makkah)
b) jemaah haji yang melalui Lautan Hindi
menuju ke Laut Merah spt dari Yaman
dan India ialah di Yalamlam; (54km dari
Makkah)
c) bagi jemaah haji yang datang dari Madinah
ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali
(450km dari Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah
ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat
laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan
Sepanyol
ialah di Juhfah.(187km dari
Makkah)
f) bagi
jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah)
|
TAHALLUL
UMRAH
Setelah
berniat umrah di Miqat dan pantang larang yang 13 pun terkena pada kita, lalu
balik ke Baitullah lalu tawaf 7 keliling dengan sempurna dan saie dengan
sempurna antara bukit Safa dan Marwah, apabila tamat lalu bergunting /
bercukur maka gugurlah semua 13 pantang larang tadi. Maka seleailah
kerja-kerja umrah. (umrah tiada tahalul awal terus tahalul thani
BERCUKUR
ATAU BERGUNTING SEMASA MENGERJAKAN UMRAH
CARA
MELAKSANAKANNYA - Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting
rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan
MASA DAN
TEMPAT – Selepas selesai saie umrah di marwah
SUNAT-SUNAT
SEMASA BERCUKUR
Perkara-perkara
yang sunat dilakukan semasa bercukur atau bergunting rambut itu diantaranya
ialah:-
1.
Memulakan bercukur di sebelah kanan, kemudian baru yang kiri,
2. Menghadap
kiblat (Ka'bah)
3.
Bertakbir serta berdoa,
4.
Mengandam misai dan memotong kuku, Bagi orang yang berkepala botak, maka
sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya, walaupun tiada berambut.
Miqat
Makani (sempadan
tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan
umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum
sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih
boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara
(dengan kapal terbang): Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau
lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di
Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat
di Jeddah. Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km
dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah
untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum
bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah
itu sendiri. Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah .
Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain
dari arah yang sama. Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat
bagi penduduk Iraq.
|
No comments:
Post a Comment