HUKUM MENDERMA DARAH
PENGENALAN
Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Baginda
Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara
berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Penurunannya adalah mengikut suasana
semasa yang berlaku ketika itu atau mengisahkan peristiwa yang memerlukan istinbat
hukum. Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai
aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara
beribadah, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran
dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber
rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat.
DERMA DARAH
Menderma darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak
ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri
setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.
Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara
sering berdepan dengan stok darah yang kritikal. Pada masa tertentu, bekalan
darah dikatakan tidak mencukupi kerana penderma darah sangat kurang dan gagal
menampung keperluan semasa.
Satu unit darah yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan
nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang
mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah,
pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan
pesakit haemifilia.
ISLAM MENGGALAKKAN TOLONG MENOLONG
Islam menggalakkan amalan tolong-menolong, terutama dalam soal yang
penting ini. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan
bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu
bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.”
Darah manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam badan orang lain jika
tidak mengikut jenisnya. Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B
dan AB. Kumpulan darah O boleh menerima darah daripada kumpulan darah O saja.
Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima. Kumpulan darah
AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi
boleh menerima semua kumpulan darah. Begitulah uniknya darah.
Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan
dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma
darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak
ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah.
Proses menderma darah amat mudah dan mengambil masa singkat.
Penderma darah tidak mengalami rasa sakit ‘keterlaluan’ sepanjang proses
menderma darah.
Hakikat menderma darah tidak membahayakan diri dan tidak
mendatangkan kesan sampingan, tidak perlu diragui. Di negara kita sudah ramai
menderma lebih 100 kali dan keadaan mereka masih sihat.
Tidak rugi mendermakan darah yang diganti secara automatik oleh
badan. Sesungguhnya amat besar pahala mereka yang melakukan kebaikan.
Renungkan firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 hingga 8 yang
bermaksud: “Sesiapa yang membuat kebajikan walaupun sebesar zarah, pasti akan
diberi balasannya, dan sesiapa juga membuat kejahatan walaupun sebesar zarah,
akan juga mendapat pembalasan.”
Sabda Rasulullah pula bermaksud: “Sesiapa yang membantu mencukupkan
keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya.
Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula
kesusahannya kelak pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)
Setiap orang boleh menderma darah setiap tiga atau empat bulan
sekali untuk proses pendermaan cara biasa. Bagaimanapun, jika melalui kaedah
Aferesis, yakni proses mengeluarkan plasma dan platelet dan kemudian
mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin
khas, penderma boleh melakukan lebih kerap berbanding cara biasa.
HUKUM MENDERMA DARAH
Umum telah mengetahui apakah itu menderma darah. Justeru, tidak ada
keperluan untuk kita menyebut pengertiannya dan langsung sahaja kita lihat
perbincangan berkenaan hukum menderma darah di sisi Islam. Ulamak bersepakat
bahawa tubuh dan setiap anggota badan manusia itu bukanlah barang milikan.
Tidak dimiliki oleh tuan punya anggota badan apatah lagi orang lain. Oleh itu
tubuh dan anggota badan manusia itu bukanlah suatu bahan yang boleh
didagangkan, dijual beli ataupun didermakan.
Hukum menderma darah adalah harus, yakni
boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya
menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh. Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa
melalui proses pemindahan darah. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya
diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang
disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang
dia tidak derhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke
atasnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 173).
Allah menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini
dalam surah al-An’am ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) jelaskan kepada
kamu apa-apa yang diharamkan oleh-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang
terpaksa….”
Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan
dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma
darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak
ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah.
Memandangkan darah manusia termasuk dalam kategori anggota badan
manusia, ulama memperuntukkan suatu perbahasan khusus bagi membincangkan soal
keharusan berurusan dengan darah manusia sama ada melalui jual beli mahupun
derma. Memandangkan tiada nas yang jelas sama ada daripada Al-Quran mahupun
Sunnah yang membincangkan secara langsung soal hukum menderma darah, para ulama
terpaksa melihat dari sudut maslahah (kepentingan dan kebaikan) yang dibawa
daripada aktiviti derma darah dan dinilai pula dengan dharar (keburukan dan
bahaya) yang mungkin datang daripada aktiviti ini.
Dalam soal jual beli darah manusia, ulama' bersepakat tentang
pengharamannya. Ini berdasarkan kaedah bahawa anggota badan manusia itu tidak
dimiliki maka tidak harus pula urus niaga padanya. Hukum haram juga diletakkan
kerana bahaya yang sangat besar boleh berlaku kepada manusia sekiranya darah
manusia dijadikan barang dagangan berpandukan umum ayat yang melarang manusia
mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan:
"Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan."
[Al-Baqarah: 195]
Misalnya, akan ada sebahagian manusia yang membahayakan nyawa
mereka sendiri dengan menjual darah mereka demi mendapatkan wang dengan jalan
yang mudah. Lebih serius lagi jenayah pemerdagangan orang dan penculikan akan berleluasa
demi mendapatkan keuntungan daripada penjualan darah mangsa-mangsa jenayah
tersebut. Selain itu darah juga dianggap sebagai najis maka tidak harus berjual
beli pada barang yang najis.
Sebaliknya, dalam masalah derma darah, sebahagian besar ulamak
zaman moden berpendapat bahawa hukumnya harus berdasarkan hujah-hujah berikut:
1) Darah yang didermakan dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia
lain. Ini bertepatan dengan maqasid syariah yakni memelihara nyawa dan juga
bertepatan dengan konsep bantu membantu ke arah kebaikan.
"Dan hendaklah kamu saling membantu ke arah kebaikan dan taqwa
dan janganlah kamu saling membantu ke arah dosa dan permusuhan"
[Al-Maidah: 5]
2) Pada kebiasaannya, proses derma darah yang dilaksanakan oleh
mereka yang bertauliah mengikut standard perubatan yang teruji selamat tidak
akan membawa mudharat yang serius kepada penderma darah dan tidak pula
mengancam nyawanya. Justeru kaedah yang digunakan ialah beramal dengan maslahah
yang terbukti luas manfaatnya mengatasi dari yang minimum.
3) Darah manusia adalah
anggota yang boleh diperbaharui dengan sendirinya. Tidak seperti organ yang
tidak boleh diperbaharui misalnya buah pinggang dan jantung. Oleh itu, proses
semulajadi dalam badan berkemampuan mengganti semula darah yang keluar ketika
proses pendermaan darah.
4) Proses pendermaan darah tidak memerlukan prosedur yang rumit dan
tidak memerlukan pembedahan seperti proses pendermaan anggota badan yang lain.
Proses pendermaan darah adalah mudah, hanya menggunakan jarum tidak menyebabkan
luka yang serius kepada tubuh badan. Risiko jangkitan kuman kepada penderma
juga adalah minimum.
Walau bagaimanapun, hukum asal harus menderma darah boleh berubah
kepada hukum yang lain. Contohnya, haram. Haram menderma darah bagi seseorang
yang mengidap penyakit yang boleh memudharatkan si penerima darah misalnya
penyakit HIV, siflis dan gonorrhoea. Begitu juga haram menderma darah sekiranya
si penderma darah boleh mendapat mudharat yang serius contohnya si penderma
mengidap penyakit kurang darah. Haram juga menderma darah sekiranya prosedur
tersebut dilakukan oleh orang yang tidak bertauliah dan tidak mengikut standard
piawaian yang terbukti selamat.
HIKMAH MENDERMA DARAH
Seseorang yang sedang sakit memerlukan darah dan jika anda menderma
darah kepadanya, ia merupakan suatu amalan yang mampu membantu menyelamatkan
kehidupan insan lain. Ganjarannya cukup besar disisi Allah s.w.t. Islam memandang manusia itu sejenis makhluk
yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan
haiwan sudah melayakkan kita memperoleh ganjaran yang besar, apatah lagi dengan
menyelamatkan nyawa seorang manusia, iaitu makhluk yang dimuliakan oleh Allah
s.w.t.
Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabat sendiri,
sudah tentu ganjaran Allah berganda kepadanya kerana ada hadith yang menekankan
agar diutamakan kerabat yang terdekat terlebih dahulu supaya hubungan
silaturrahim itu bertambah erat. Demikian juga jiran dan rakan dan sebagainya.
Malah menderma darah kepada orang yang bermusuhan juga baik kerana ia membantu
menjernihkan kembali hubungan yang telah keruh sebelumnya.
Akademik Fekah Islam juga memfatwakan bahawa menderma darah atau
organ manusia kepada mereka yang memerlukan adalah suatu amalan yang baik lagi
terpuji. Malah al-Qardawi pernah menyeru Umat Islam di Amerika supaya menderma
darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11
September 2001 dahulu. Justeru, ini termasuk amalan yang baik kepada seluruh
manusia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Dalam hal ini, tiada
istilah perbezaan sesama manusia. Perkaran ini bolehlah dibandingkan dengan
menyelamatkan orang yang sedang lemas , iaitu wajib mereka diselamatkan
meskipun mangsa bukanlah orang Islam. Ia termasuk dalam suruhan Allah s.w.t supaya
saling tolong menolong dalam melakukan kebaikan dan tidak tolong menolong dalam
melakukan keburukan.
Mungkin terlintas difikiran sesetengah individu, apa pula hukumnya
mereka yang liat atau enggan menderma darah?. Menderma darah bukanlah perkara
yang diwajibkan atau difardhukan, ianya harus. Maka dengan menderma darah
membolehkan kita memperoleh ganjaran yang besar, namun jika tidak menderma,
terhalanglah kita dari memperoleh ganjaran tersebut. Tidaklah anda dilabel
berdosa kerana tidak menderma darah. Dalam keadaan tertentu, umpamanya darurat,
menderma darah merupakan fardhu kifayah. Namun jika dengan menderma darah itu
boleh membawa mudarat kepada penderma maka tidak perlu menderma darah itu.
Usaha tahunan seperti kempen menderma darah wajar digiatkan. Orang
ramai harus memberikan respon yang positif dan baik dalam hal ini. Kita tidak
perlu ragu-ragu untuk melakukan sesuatu amalan yang baik, apatah lagi dalam
perkara yang berkaitan dengan menyelamatkan nyawa insan. Ia selari dan
bertepatan dari segi "maqasid syariah" atau tujuan syariat untuk
memelihara jiwa yang ada. Jika kita perlu membantu orang lain dengan sesuap
makanan atau seteguk air pada hari kebuluran, mereka yang sakit pula memerlukan
titisan darah dari mereka yang prihatin untuk membantu menyambung hayat mereka
dengan izinNya.
Apa yang lebih penting, tanpa mengira status Muslim atau
non-Muslim, pendermaan darah ini boleh mengeratkan lagi hubungan diantara satu
dengan yang lain. Justeru itu, menderma darah tidak boleh dilakukan dengan niat
untuk mengaut keuntungan melalui jual beli. Jika bayaran diambil, maka hukum
menderma darah itu adalah haram dan berdosa kerana melibatkan bayaran kepada si
penderma. Berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit terhadap darah, jika semua
orang tidak mahu menderma darah, maka pihak berkuasa yang mempunyai autoriti
boleh mengadakan suatu peraturan untuk mewajibkan menderma darah ini dengan
syarat-syarat yang tertentu. Ini adalah seperti yang telah diputuskan oleh
Majlis Fatwa Mesir dengan syarat ada kelulusan dari pakar yang adil dan mahir
dalam bidang tersebut.
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi kita untuk memandang rendah
hikmah dan kebaikan yang diperolehi daripada menderma darah ini. Menderma darah
boleh jadi antara sedekah yang besar dan pahalanya terus menerus mengalir untuk
kita. Ia tidak mengira darjat, perbezaan warna kulit mahupun agama. Marilah
bersama-sama membantu menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan.
Boleh jadi suatu hari nanti, kita pula ditempat mereka yang memerlukan darah.
DALIL YANG MENGHARUSKAN
DERMA DARAH
berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalil
mengenai ganjaran atau balasan daripada menderma darah ini diambil secara umum
daripada sabda Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada
‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: “Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang
lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti saudaranya tersebut.
Barangsiapa yang menanggung (menolong)
hajat
saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa
yang melepaskan salah satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan
salah satu kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan
barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak
Allah akan menutupi (aib)nya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Menderma darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud melepaskan
kesusahan orang Islam yang berhajat kepada penambahan darah. Oleh itu orang
yang menderma darah itu
mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan berbagai
jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, ditunaikan
hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya
sama ada semasa di duniaatau di akhirat kelak.
Sebagai kesimpulan, hukum menderma dan menerima darah itu adalah
harus selama mana tidak mendatangkan mudarat kepada kedua-dua pihak, sama ada
yang menderma atau yang menerima, dengan mengambil kira nasihat daripada pakar
perubatan bahawa hanya dengan pemindahan darah sahajalah jalan atau cara untuk
menyembuhkan atau menyelamatkan nyawa pesakit.
Ganjaran dan balasan yang dijanjikan di dunia dan di akhirat,
seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam,
sewajarnya membuka hati mana-mana individu agar giat menyumbang atau menderma
darah bagi kepentingan individu yang lain.
Surah Ali Imran, ayat :92.
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna),
sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang
kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan
hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa
kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). Surah
Al-Baqarah.
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan
hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa
kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). Surah
Al-Baqarah.
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan
hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa
kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). Surah
Al-Baqarah.
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang
mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh
seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah)
dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda
ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika
mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak
sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka
(wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang
hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu)
dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan
mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya
serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak
dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua
bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima
taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.
(An-Nisaa’ 4:92)
Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk
mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami
telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa
barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi
benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan
makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas
dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma”.
(Yusuf 12:88
KESIMPULAN
Menderma darah adalah satu pekerjaan yang baik, kerana kita
membantu untuk seseorang itu meneruskan kehidupan. Allah SWT berfirman,
“sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia
telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (Al-Maaidah: 32).
Jadi di sini, Allah SWT ingin beritahu bahawa nyawa manusia itu
amat penting untuk dijaga (Nyawa termasuk dalam penjagaan syara’ selain
daripada 4 yang lain iaitu menjaga agama, keturunan, akal, dan harta).
Sebab itu para ulama muktabar memberi pendapat berdasarkan dalil
al-Quran dan hadis, sekiranya ada pesakit yang apabila tidak menggunakan satu
ubat yang haram, ia akan mati. Maka ia perlu gunakan ubat tersebut berdasarkan
keperluannya sahaja. Kaedah ini mengikut prasyarat yang ada di dalam kaedah
al-Masoleh al-Mursalah.
Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya
Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai
hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk tujuan
perubatan seperti berikut,
“Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak,
dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk
perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil manfaat dengannya bagi
perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang
lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan
pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan
rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak
didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya,
bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk
menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah
kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada
segi syarak melakukan demikian”.
Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah
Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang
kesukaran di dalam agama”.
Tidak boleh memberi kepada orang kafir yang menentang Islam. Namun
tidak mengapa kalau hendak memberi kepada orang kafir yang baik dan tidak
mengapa juga hendak bercampur darah dengan orang kafir ketika sesi pengumpulan
sampel-sampel darah.)
No comments:
Post a Comment