Berdasarkan bahan sastera yang dipilih, tunjukkan dengan jelas
empat (4) jenis peribahasa.
(a) Perumpamaan.
Bagaikan ekor
melebihi kepala. maknanya seseorang yang menjawat jawatan rendah tetapi
lagaknya seperti pegawai tinggi.
Bunyi bising mesin
penghancur kayu bagaikan memecah anak telinga di kawasan kilang itu. Tiga orang
pekerja yang mengendalikan mesin itu tetap tenang walaupun mesin itu terlalu
kuat bunyinya. Mereka sudah biasa dengan bunyi tersebut. "Palan,"
kata Encik Razman. Dia teguk minuman dalam botol plastik. "Kau dah
buangkan sampah di belakang kilang itu?"
"Sudah,"
sahut Palan. Dia seorang pelajar tingkatan empat bekerja di kilang kertas itu
sejak tiga bulan lalu untuk membantu ibunya. Ayahnya tiada lagi. Dia mempunyai
dua orang kakak. Mereka ialah Palamita pelajar tingkatan lima dan Palamasari
kakak sulung pelajar tingkatan enam.
Palan bekerja
sambilan di sebuah kilang kertas. Kerja yang dilakukannya ialah membersihkan
sekitar kawasan kilang. Dia bekerja di bawah En Razman. Sejak kebelakangan ini
aku dapati engkau degil, tidak menjalankan tugasan dengan betul. Kau
bagaikan ekor melebihi kepala," kata Encik Razman.
"Saya sudah
pun membuang sampah di kawasan belakang kilang ini pakcik," kata Palan.
"Aku dapati sampah sarap itu masih terlonggok," Kau tak nampak
timbunan sampah dekat tangki minyak mesin pemotong kayu itu?" kata Encik
Razman. Saya rasa, saya dah membuangnya," kata Palan kepadanya. Ketika itu
Palan sedang makan. Lekas-lekas dihabiskan nasi bungkus itu kemudian segera
pergi ke halaman belakang bangunan kilang. "Mana ada sampah di belakang
bangunan sana," kata Yahya. Yang engkau percaya sangat dengan dia kenapa?"
Dia bukannya pegawai di syarikat ini. Nasib Dia sama dengan nasib kita juga
kuli mengutip sampah tetapi dia terlalu berlagak bagaikan ekor melebihi
kepala," kata Yahya marah. Sikap buruk dia itulah yang dikatakan dalam
peribahasa bagaikan ekor melebihi kepala, iaitu lagaknya lebih berkuasa
daripada tauke syarikat ini sendiri.
(b). Perbilangan.
Perbilangan adat
banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang tetap
dan kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996) perbilangan adat adalah sebagai
gundalan adat, iaitu ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul
adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat
Pepatih.
Secara ringkasnya,
perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi (puisi adat) yang
menceritakan dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu
Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di
daerah Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai adat Minangkabau.
Di Malaysia,
perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu
digunakan dalam Adat Pepatih, Seperti puisi lain, perbilangan adat
diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi melalui
ketua-ketua adat lembaga yang di sebut 'Buapak'. Walaupun begitu perbilangan
adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti
pada zaman kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan
ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini.
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat.
Berdasarkan
perbilangan di atas, dapat dikatakan perbilangan tersebut telah mengalami ciri-ciri
keislaman. Walaupun terdapat penyesuaian tetapi ciri-ciri masih dipertahankan.
Perbilangan adat ini berbentuk bebas iaitu menggunakan gurindam, syair, pantun
dan lain-lain bentuk puisi dalam penyampaiannya. Menurut Za'ba yang dipetik
oleh Aripin Said (1996):
"perbilangan
adat merupakan melarat yang tidak tetap timbangan suku kata dan rimanya namun ia tetap mempunyai susunan, makna yang
kemas dan mendalam".
Beliau juga
memberi contoh-contoh perbilangan adat untuk genre puisi yang digolongkan
sebagai 'gurindam' antaranya:
Kelebihan nabi
dengan mukjizat
Kelebihan umat
dengan muafakat
Bulat air kerana
pembentung
Bulat manusia
kerana muafakat
Air melurut dengan
bandaraya
Benar melurut
dengan muafakatnya. (Za'ba 1962,242)
Manakala Abdullah
Siddik, menyebut perbilangan adat sebagai 'peribahasa adat' dinyatakan seperti
berikut:
Raja menobat di
dalam alam
Penghulu menobat
di dalam luak
Lembaga
menobat di dalam lingkungannya
Ibu bapa menobat
pada anak buahnya
Orang banyak
menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110)
Konsep keadilan,
perbilangan adat ini tidak didasarkan kepada pembalasan tetapi didasarkan
kepada pemulihan (restitution).
Yang mencincang,
merampas
Yang membunuh
membangunkan
Yang menjual,
memberi balas
Aspek ekonomi,
kata-kata perbilangan disusun indah dan menunjukkan bahawa kehidupan memerlukan
ekonomi yang teguh.
Majlis di tepi air
Mendesa di perut
kenyang
Aspek sosial,
masyarakat Adat Pepatih melahirkan perbilangan ini adalah mengikut susunan unilateral-matrilineal.
Ia merangkumi pemilihan ketua dalam masyarakat, utamakan nisab sebelah ibu,
tanggungjawab, hak, pedoman, pegangan dan juga perpaduan. Ini untuk menunjukkan
bahawa masyarakat mempunyai taraf yang sama dan mesti dimuliakan.
Yang buta penghembus
lesung
Yang pekak pelepas
bedil
yang lumpuh
penghuni rumah
Yang kuat pembawa
beban
Yang bingung
disuruh-suruh
Yang cerdik lawan
berunding
Aspek
adat istiadat, banyak menjurus kepada adat berumah tangga, iaitu dari
pertunangan, perkahwinan, penceraian sehingga kepada pembahagian harta.
Sistem kewarisan, dalam sistem ini
perbilangan adat digunakan untuk pembahagian harta pusaka.Yang mana Buapak dari
Datuk lembaga bertindak sebagai pemegang kuasa. Mengikut Adat Pepatih harta
pusaka diperturunkan kepada anak perempuan sahaja dan tanah pusaka tidak
dibenarkan dijual atau digadai.
Sebagai
kesimpulannya, perbilangan adat dapat dikatakan sebagai bentuk puisi klasik
yang juga intim dengan kehidupan masyarakat Melayu lama. Sehingga kini
perbilangan adat ini masih digunakan oleh kelompok masyarakat yang mengamalkan
tatacara Adat Pepatih.
(c). Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan
tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang
tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.
Simpulan bahasa
yang mempunyai dua makna.
(a) ada angin:
·
mempunyai kemahuan
atau keinginan untuk mendapat sesuatu.
·
perangai atau
tingkah laku yang tidak tetap.
Semalam Atikah riang, tetapi hari
ini dia nampak muram. Orang ada angin memang macam itu.
(b) anak buah:
· orang yang berada di
bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketuapejabat atau penghulu.
· anak saudara, iaitu
anak kepada abang atau kakak.
Halim menjaga anak buahnya seperti
menjaga anaknya sendiri.
Ketua kampung itu
mengadakan mesyuarat dengan semua anak buahnya.
(c) Langgar Bahasa:
·
bercakap dengan
menggunakan bahasa yang kasar.
·
tingkah laku atau
kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
Simpulan bahasa
yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
·
Seseorang yang tidak
mempunyai perasaan malu.
·
muka talam, muka
tembok, dan muka tebal.
Muka tebal. Ramli buat muka tebal walaupun dihukum
oleh gurunya di depan kelas.
Muka tembok. Lelaki yang bermotosikal itu memang muka
tembok kerana masih juga mengganggu anak dara kampung itu walaupun sudah
beberapa kali ditegur oleh ketua kampung.
Bentuk atau ciri-ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya:
·
anak buah, buah
tangan dan lipas kudung
anak,
buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya:
·
ajak-ajak ayam, buat
bodoh, dan pasang telinga
Ajak,
buat dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya:
·
besar kepala, bodoh
sepat dan kecil hati.
besar, bodoh dan kecil masing-masing sebagai kata adjektif.
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:
·
Pak Kaduk, Mat
Jenin, Abu Jahal
·
Semua ini sebagai
kata nama khas
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya:
·
air pinang, batu
buyung dan makan bulan
·
semua ini ada kaitan
dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya:
ajak-ajak ayam maknanya tidak bersungguh-sungguh semasa
mempelawa seseorang.
ada bakat maknanya mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut maknanya makanan yang dimakan untuk
sementara waktu sebelum memakan makanan.
air muka maknanya rupa atau wajah seseorang
cakar ayam maknanya tulisan yang sangat buruk
Contoh Simpulan Bahasa dan Ayat.
Akal Kancil ertinya mempunyai akal yang cerdik dan
pintar menipu orang.
Ayat : Abu terkenal dikalangan kawan-kawannya kerana dia mempunyai
akal kancil dan memang suka menipu mereka.
Alim kucing ertinya orang yang berpura-pura
menunjukkan kelakuan baik bila berada di hadapan orang lain sedangkan dia sebenarnya memang jahat.
Ayat : Lelaki itu cuba menyembunyikan niat jahatnya datang ke situ dengan
cara menunjukkan sikap alim kucing.
Ambil angin ertinya keluar dengan tujuan semata-mata
untuk bersiar-siar.
Ayat : Setiap petang setelah pulang dari kerja, Orang kaya itu akan
keluar ambil angin di kawasan sekitar taman bunganya.
Ambil Berat ertinya mengambil tahu tentang sesuatu.
Ayat : Ayah memang suka ambil berat tentang pelajaran anak-anaknya
bagi menentukan mereka benar-benar berjaya di dalam pelajaran.
Ambil Hati ertinya membuat sesuatu bagi menyukakan
hati seseorang.
Ayat : Sambil mengajar Cikgu Ali cuba membuat kelakar bagi
mengambil hati murid-muridnya supaya mereka tidak lekas jemu dengan pelajaran
matematik.
Angkat kaki ertinya lari meninggalkan sesuatu tempat
dengan cara tergesa-gesa.
Ayat : Semua tikus itu angkat kaki dan masing-masing bertempiaran
dengan tidak tentu arah bila melihat kucing datang.
Beri jalan ertinya memberikan pendapat atau fikiran
kepada seseorang bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
Ayat : Saiful cuba beri jalan kepada Ramli bagi menyelesaikan masalah
pertengkarannya dengan Hasyim.
Beri Muka ertinya memberikan kebebasan yang
melebihi batas.
Ayat : Dalam mendidik anak-anak setiap ibu bapa hendaklah pandai
mengambil hati anak-anak tetapi jangan sekali-kali memberi muka kepada mereka.
Besar Diri ertinya angkuh atau bongkak.
Ayat : Sungguhpun Sidek anak orang kaya di kampung itu, tetapi dia
tidak besar diri.
Buah Mulut ertinya Sesuatu hal yang telah menjadi
percakapan orang ramai.
Ayat : Berita tentang kejayaan Helmi mendapat hadiah pertama dalam peraduan
lukisan itu telah menjadi buah mulut di kampung tersebut.
Buruk Siku ertinya mengambil balik sesuatu barang
yang telah diberikan kepada seseorang.
Ayat : "Awak ni betullah buruk siku," kata Musa kepada
Abu kerana dia telah meminta kembali pensil yang diberikan kepadanya semalam.
Bulat Hati ertinya keputusan yang sudah tetap dan
tidak akan berubah lagi.
Ayat : Dengan bulat hati pengemis itu terus juga meninggalkan rumah
itu meskipun keluarga rumah tersebut cuba menghalangnya kerana di luar hujan sungguh
lebat.
(d). Bidalan.
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah
'melekat di mulut orang ramai'.Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk
melahirkan fikiran yang tajam, tepat,mengandungi perbandingan, teladan,
pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh Bidalan:
1. ada pasang surut
keuntungan dan kekuatan seseorang ada masa meningkat atau menurun.
2. ada rupa ada harga
barang yang cantik, tentu mahal
3. ada udang di sebalik batu
ada motif tersembunyi di sebalik perbuatan
4. air yang tenang, jangan disangka
tiada buaya
orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
5. baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang
merendah diri lebih baik daripada menyombong
6. baik berjagung-jagung sementara
padi belum masak
sementara menunggu yang lebih baik buatlah sesuatu yang
mendatangkan faedah.
7. belakang parang, kalau diasah akan
tajam juga
orang yang bodoh atau susah jika berusaha dengan gigih
lama-kelamaan akan berjaya juga.
8. belum duduk berlunjur dahulu
membuat sesuatu kerja tidak mengikut urutan
9. rambut jangan putus, tepung jangan
berselerak
sesuatu kerja yang dilaksanakan perlu dengan berhati-hati agar
selamat
10. berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali
lakukanlah kebaikan secara sederhana tetapi jangan sekali-kali
berbuat jahat.
11. berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit
amakan berjimat cermat agar dapat membawa kesenangan
12. biar genting, jangan putus
biar rugi sedikit, jangan rugi banyak
13. biar mati anak, jangan mati adat
anak yang melanggar adat mesti dihukum
14. biar berputih tulang, jangan berputih mata
lebih baik mati daripada menanggung malu
15. berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar
berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata
16. biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati
biar miskin atau hodoh seseorang itu, asalkan mempunyai hati budi
yang baik
17. biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
sesuatu rahsia perlu disimpan dengan baik.
18. biar titik, jangan tumpah
biar rugi sedikit asalkan tidak rugi banyak.
19. bumi mana yang tidak ditimpa hujan
semua orang ada melakukan kesilapan.
20. daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati
berkalang tanah
mati lebih baik daripada hidup menanggung malu.
21. daripada segenggam jadi segantang
daripada sedikit lama-lama menjadi banyak
22. habis akal, baru tawakal
setelah berusaha barulah berserah kepada Tuhan.
23. jangan meludah ke langit
jangan melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri.
24. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
berhati-hati selalu agar tidak menyesal.
25. hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
budi yang baik akan dikenang walaupun seseorang itu
telah meninggal dunia.
26. jangan bercermin di air keruh
perbuatan yang negatif jangan ditiru.
27. sudah terang lagi bersuluh
bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui.
28. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
jika tekun berusaha pasti mendapat kejayan.
29. sediakan payung sebelum hujan
beringat sebelum kena
30. pipit itu pipit juga lawannya
orang kaya dengan orang kaya manakala orang miskin dengan orang
miskin.
No comments:
Post a Comment