Berdasarkan pemerhatian dan interaksi
anda dengan komuniti setempat. Bincangkan bagaimanakah Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah di tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti di S.K.Bukit
Kuda Klang dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan
dikalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Walaupun
pergembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali
diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan
tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan
tidak begitu jelas kepada mereka. Sekolah sebagai institusi pendidikan
mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran
mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana
dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang
berkualiti dan berketrampilan.
Peranan
ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan
berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang
serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya
lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan
keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum
balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti
pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.
Penglibatan
anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya,
khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Intitusi Kewangan
dan Sekolah berhampiran harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan
guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan
masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk
memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan
penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan
dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag
melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah.
Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam
usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG
juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan
prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke
arah menjaga kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.
1.0
Pengenalan
Persatuan
PIBG di SK Bukit Kuda telah lama di tubuhkan. Ianya menjadi tunjang dan
kekuatan dalam memajukan prasarana sekolah. Persatuan PIBG sekolah setiap tahun
mengadakan mesyuarat agung tahunan
Falsafah
pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat
tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung
dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada
Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri
manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia
terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang
baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang
ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
2.0. Elemen Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
2.1. Pendidikan suatu usaha
beterusan
Pendidikan
ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai
murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta
berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan
sepanjang hayat. Maka pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sejak
pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika,
disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak
dan remaja, dan diteruskan di peringkat selepas sekolah di tempat-tempat
seperti institusi pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti atau dengan
pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT, secara online dan melalui media
massa.
2.2 Memperkembangkan potensi individu.
Mengikut kajian individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani , emosi, dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam jiwa kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan , unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir seperti :
i. Menguasai kemahiran
asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
ii. Menguasai kemahiran untuk
memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu.
iii. Dapat
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
iv. Dapat memanfaatkan ilmu dan
kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.
Perkembangan unsur jasmani memberi
tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembangkan kepada
tahap keupayaan seperti:
i. Menjaga kesihatan
tubuh badan diri
ii. Melakukan riadah dengan
sempurna
iii. Menggunakan
bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap.
iv. Memanfaatkan
tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat
v. Meningkatkan daya
pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan
kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu :
i. Memperolehi perasaan
tenaga dan tingkah laku yang terkawal
ii. Memiliki perasaan
kasih sayang
iii. Memiliki semangat kekitaran, muhibbah,
kerjasama dan perpaduan
iv. Mempunyai kemahiran menilai dan
menghargai keindahan dan kesenian
Perkembangan unsur rohani memberi
tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu :
i. Mempunyai
perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta
ii. Mempunyai
perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta
iii. Mempunyai perasaan
menyedar dan menginsaf terhadap tanggungjawab
iv. Dapat memupuk dan membina disiplin
kendiri dan membentuk sahsiah mulia.
2.3 Perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu
Perkembangan
potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan.
Ia harus diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka untuk membentuk
insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan
sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, disamping kurikulum
akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri
individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan
bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.
2.4 Insan yang seimbang dan harmonis
Insan
yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi,
sosial dan rohani telah diperkembang secara menyeluruh, bersepadu dan dalam
tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki
kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara.
Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah
yang dihadapi, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang
berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.
Matlamat
memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi
yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyuruh dan harmonis.
Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki
sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya.
Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima
segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi
masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang.
2.5 Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan
Rakyat
yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan
menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
i. Mencintai ilmu pengetahuan
ii. Gemar membaca
iii. Sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan
iv. Sentiasa
berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan
v. Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan
diri dan orang lain.
vi. Berfikiran terbuka, luas dan
mendalam.
2.6 Rakyat Malaysia yang berketerampilan
Rakyat
yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi
sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas
dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna. Rakyat
Malaysia yang berketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti
:
i. Berilmu pengetahuan dan
berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
ii. Mempunyai kemahiran yang
sesuai dalam pelaksanakan tugasnya; dan
iii. Dapat melaksanakan tugas
dengan cekap dan sempurna.
2.7 Rakyat Malaysia berakhlak mulia
Rakyat
yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah
rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti :
i. Mengetahui yang
mana nilai baik dan mana yang buruk
ii. Menyedari kesan dan
akibat daripada perbuatan baik dan buruk
iii. Mempunyai
keyakinan terhadap nilai murni
iv. Dapat menghayati
nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan
v. Mengamalkan kelakuan
baik dan mengelakkan perbuatan buruk.
2.8 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat
yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan, negara,
dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
i. Menyedari tugas dan
tanggungjawab adalah amanah dan kewajian
ii. Menyedari tugas dan
tanggungjawab harus dilaksanakn dengan sempurna
iii. Sentiasa berusaha meningkatkan daya
pengeluaran
iv.Sentiasa
mematuhi peraturan dan undang-undang negara
v. Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat,
bangsa, negara dan agama.
3.0 Apakah peranan PIBG dalam menjayakan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PIBG
SK Bukit Kuda sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks
perlu mewujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak
luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan
tebing, PIBG tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk
mencapai visi dan misinya. Esei ini menjelaskan penilaian keberkesanan program
yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan PIBG dengan pihak luar. Kaedah dan
kerangka penilaian program menggunakan piawaian umum dan antarabangsa dalam
pengurusan dan evaluasi program iaitu Model CIPP yang diasaskan oleh
Stufflebeam. Walaupun Model CIPP merupakan model penilaian yang agak lama
berbanding dengan Model Pengukuran Prestasi Berasaskan Proses, ia masih
berkesan dalam penilainan program yang telah dilaksanakan (Gordon, 2008).
PIBG
juga merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan
institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran
asas.
Sekolah
juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk
merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti
ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan
diaktifkan secara menyeluruh.
Iklim
yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi kesan yang besar dalam
pembentukan individu seseorang. Pengaruh sekolah selepas keluarga dalam
pembentukan personality pelajar adalah bersangkut paut dengan kecemerlangan
akademik pelajar. Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang dan
tertib yang memungkinkan suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan dan positif. Hubungan sosial yang baik antara guru,
pelajar, warga sekolah dan masyarakat setempat akan membentuk suatu merupakan
menifestasi kepada dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Edmond
(1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997)
menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan
kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan
pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap
guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan
tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang
dengan lebih efektif dan sistematik. Dimana selain para guru-guru, pihak
komuniti setempat juga memainkan peranan yang amat penting.
4.0 Apa itu komuniti ?
Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.
4.1 Apakah kepentingan komuniti ?
Dalam menuju era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu (k-ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Namun demikian, secara realitinya manusia berada di merata tempat, bekerja di luar pejabat dan berhubungan melalui telefon dan internet. Malah mereka yang di dalam sesebuah pejabat pun perlu berjumpa antara satu sama lain.
Sesuatu
kerja boleh dilakukan merentasi organisasi dan sempadan geografi. Akan tetapi
kadangkala terdapat beberapa halangan, misalnya aplikasi yang kurang
ramah-pengguna, peralatan untuk berhubung kurang berkesan, infrastruktur yang
tidak sempurna sehingga menjadikan pengguna kecewa.
4.2 Apakah jenis-jenis komuniti?
Terdapat berbagai jenis komuniti
terbentuk dalam sesebuah organisasi:
I. Komuniti
Sematlamat (Communities of purpose): Sekumpulan orang dari berbagai disiplin
dan merentasi organisasi bekerja bersama-sama secara formal dalam suatu tempoh
masa projek yang telah ditetapkan. Komuniti Pengamal (Communities of practice):
Profesional dari disiplin yang sama datang bergabung untuk berkongsi belajar
secara tidak formal, menyelesai masalah secara ad hoc, rangkaian profesional
dan saling bantu membantu. Di sekolah saya pihak seperti PIBG,
Lembaga Sekolah, mengadakan
program-program ini.
II. Komuniti
Pelanggan (Customer communities): Organisasi yang membentuk kumpulan pelanggan
yang bertindak sebagai suara kepada market. Ahli-ahli akan memberi maklumbalas,
membantu mengenalpasti masalah, dan mengemukakan pandangan- pandangan untuk
memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran. Di sekolah saya, PIBG mengadakan program-program ini.
III. Komuniti Rantai
Penyumbang (Supply chain communities): Organisasi yang menghubungkan
penyumbang-penyumbang utama mereka bagi mengurangkan kos operasi dan membentuk
amalan pembelian yang lebih berkesan. Di sekolah saya pihak seperti, Bank
CIMB, Bank Simpanan Nasional dan Astro mengadakan program-program ini.
IV.
Komuniti
Pembelajaran (Learning communities): Sekumpulan orang yang bersedia untuk
berbahas, dan yang mengikuti secara formal pengalaman pembelajaran. Komuniti
ini biasanya menceburi ke dalam komuniti pengamal. Di sekolah saya pihak
seperti Polis, Bomba, Klinik Kesihatan Bukit Kuda mengadakan program-program
ini.
V.
Komuniti
Bergabung (Communities of affiliation): Sekumpulan orang yang berkongsi minat
membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan, berhubungan, berbincang
tentang perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan penyelesaian
masalah secara ad hoc. Di sekolah saya pihak seperti PIBG, JKKK telah
mengadakan program-program ini.
4.3 Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam
sesebuah komuniti?
Program-program yang bertujuan
meningkatkan jalinan hubungan di antara sekolah dan pihak luar adalah:
I.
Forum/Diskusi
untuk berbincang topik berkaitan perkhidmatan anda
II.
Rujukan Pakar
untuk nasihat dan menyelesaikan masalah
III.
Meja Bantuan untuk
pertolongan rakan komuniti
IV.
Artikel dan
Bahan Rujukan dan Sesi Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional
V.
Polisi dan
Garispanduan ICT Kerajaan
VI.
Pembangunan
kerjaya
VII.
Program anak
angkat
VIII.
Penghuluran
bahan-bahan bantuan sekolah dan skim Tuisyen
IX.
Pemantauan
Kolaboratif Kemajuan Pelajar
4.3.1
Institusi Sekolah.
Sekolah
pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan
dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan
silibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk
membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus
dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan
supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut
dilaksanakan. (Mohd Yusuf Othman .1999). Struktur Pentadbiran dan pengurusan
ini dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan
baik. Jadi, keberkesanan pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada
interaksi antara pelajar dengan sistem pendidikan, dan antara pelajar dengan
gurunya. Guru yang akhirnya menjadi model kepada pelajar.
4.3.2
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG )
Mengikut
Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua
Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan
guru (PIBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas
dan PIBG mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah
sekolah. Antaranya ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan
menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan
meningkatkan kemudahan di Sekolah,meningkatkan kemesraan dan menyediakan
saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat
setempat,meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan
aktiviti dan program pendidikan. Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini
merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan dan
menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan
keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.
4.3.3
Institusi Masyarakat atau Pihak Luar.
Masyarakat
merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang
pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di
sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk
beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat
selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah
persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid,
badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat
sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu
bapa Dan Guru (PIBG). Apa yang berlaku pada masa kini, sebahagian besar
institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya.
Kerjasama
yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan
sangat membantu pihak sekolah untuk
mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru.
Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah
organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan
bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai
salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak
pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti
yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan bahawa
hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan
sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan
di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan
harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983).
5.0 Penilaian Program Jalinan Hubungan Sekolah :
Pihak Luar
5.1 Pemantauan Kolaboratif Bestari Sekolah dan
Keluarga
Usaha yang dapat menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu
bisnes teras iaitu pengajaran dan pembelajaran dimanifestasikan melalui Program
Pemantauan Kolaboratif Bestari. Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama
dan komitmen ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
a.
Penglibatan
Aktif Keluarga dan Komuniti Setempat Membantu Peningkatan Prestasi Sekolah
Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam UPSR dengan mengadakan
kelas tambahan yang dibiayai kos sepenuh oleh pihak PIBG.
b. Kebanyakan guru
juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu
peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan
ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di
sekolah.
c. Walaupun
demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi
meningkatkan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan lebih bermakna
didapati masih kurang.
d. Bagi memenuhi
hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak
ibu bapa supaya mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program
yang dianjurkan. Seperti mengadakan gotong royong perdana membasmi aedes dan
denggi.
e. Kerjasama dan
penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama
ada dalam bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum,
pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi.
f. Dalam
hal ini, apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing
sudah menganggap diri masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam
pendidikan, maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah yang akan bergerak
bersama-sama dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran
pelajar.
g. Komuniti
Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti di
sekolah yang terdiri daripada guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu
bapa dan masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk melakukan
penambahbaikan terhadap segala aspek di sekolah dan pada masa yang sama membantu
meningkatkan peluang pembelajaran pelajar.
h. Kajian mendapati
bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya
menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan
persaudaraan, menggalakkan sokongan masyarakat setempat terhadap sekolah dan
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek di sekolah.
i. Antara ciri
penting yang terkandung di dalam SLC ialah penglibatan pihak sekolah, pelajar,
keluarga dan masyarakat setempat secara bersama-sama dalam pencapaian visi
sekolah.
j. Selain itu, ciri
lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan
ibu bapa ke sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
k. Kajian mendapati
bahawa pelajar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh dan bertingkah laku lebih
baik sekiranya mereka mendapati ibu bapa mereka sering dilibatkan dalam
pelbagai aktiviti di sekolah pada sepanjang tahun persekolahan.
l. Seterusnya SLC
didapati lebih berfokuskan pencapaian pelajar. Dalam hal ini didapati bahawa
pihak sekolah akan melibatkan keluarga dan masyarakat setempat dalam pelbagai
aktiviti yang dianjurkan dengan tujuan bagi mendapat sokongan dalam pelbagai
bentuk untuk meningkatkan prestasi pelajar.
m. Ini secara tidak
langsung akan membantu meneguhkan pelbagai aspek pembelajaran serta
kemahiran-kemahiran pelajar di sekolah, misalnya kemahiran membaca, menulis dan
mengira di sekolah rendah.
n. Perkara lain
yang ditekankan di dalam SLC adalah wujudnya kerjasama erat antara pihak
sekolah dengan komuniti setempat. Pihak sekolah akan berkerjasama dengan
masyarakat setempat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sama ada di dalam
atau di luar sekolah pada masa yang dirasakan sesuai dalam usaha bagi
meningkatkan kemahiran dan bakat pelajar.
o. Joyce
Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Partnership : Your
Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang dapat
dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan
pembelajaran pelajar.
i.
Parenting (Keibubapaan)
– Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga
dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran
keibubapaan, memberi maklumat tentang perkembangan psikologi anak-anak, serta
membantu menyediakan suasana yang dapat memudahkan anak-anak belajar dengan
lebih baik di rumah. Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung dapat
membantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga dan budaya pelajar
berkenaan.
ii.
Communicating (Berkomunikasi)
– Dalam penglibatan jenis ini, pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi secara
berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dalam usaha
untuk membantu pembelajaran pelajar. Misalnya pihak sekolah menggunakan surat
bagi menerangkan program-program yang dilaksanakan di sekolah ataupun guru
menerangkan kepada pihak ibu bapa tentang perkembangan prestasi semasa
anak-anak mereka semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain itu, melalui
saluran tertentu, pihak ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas terhadap perkara-perkara
tertentu kepada pihak sekolah.
iii.
Volunteering (Kesukarelawanan)
– Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan
ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta ataupun sebagai
penonton dalam mana-mana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah
dengan ibu bapa dalam penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara
tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Misalnya aktiviti
gotong-royong mengecat bangunan sekolah, ibu bapa membantu pelbagai penganjuran
aktiviti pelajar di sekolah.
iv.
Learning at
Home (Pembelajaran di Rumah)– Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah
dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai
bagi membantu anak-anak mereka belajar atau menyelesaikan kerja sekolah di
rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi idea dengan pihak
sekolah bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan kerja rumah
anak-anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat tentang
jenis-jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di rumah.
v.
Decision
Making (Pembuatan Keputusan) – Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa
sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah.
Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti, mesyuarat PIBG, jawatankuasa
bersama dalam program sekolah dan lain-lain.
vi.
Collaborating
with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat) – Hubungan baik
sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan pihak
jabatan kerajaan, swasta atau badan-badan lain dalam pelbagai program di
sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluarga mereka
tentang cara-cara menjadi warganegara yang baik.
6.0 Kesimpulan
Persatuan PIBG di sekolah saya sangat membantu dan aktif dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang
dijakankan. Persatuan PIBG sedia menawarkan beberapa program demi menambah dana
dan keperluan pihak sekolah.
Setiap
jenis penglibatan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya
mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ditangani supaya penglibatan sepenuhnya
dapat diwujudkan. Selain itu, pengubahsuaian aspek-aspek tertentu amat perlukan
supaya penglibatkan yang dilakukan bersesuaian dengan
latar belakang keluarga dan masyarakat setempat. Setiap jenis penglibatan akan
membawa kesan yang berbeza sama ada terhadap pelajar, ibu bapa, amalan
pengajaran guru dan iklim sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah perlulah
membuat pilihan yang tepat supaya penglibatan ibu bapa dan masyarakat dapat
membantu pencapaian matlamat utama sekolah dengan lebih bermakna.
Dengan menjadi rakan kongsi
yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti setempat akan
dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka di
sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah di siplin di
sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan anak-anak bukan sahaja
menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan
komuniti setempat.