PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Moto Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Informasi,
Kecemerlangan,
Kesejahteraan
VISI
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan
kondusif di sekolah.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan
memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap
dan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran intelek
(IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi
dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di
kalangan pelajar.
Falsafah Unit Bimbingan dan Kaunseling
Bahawasanya
setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum
menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani
serta beriman dan beramal soleh.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan bilik bimbingan dan
kaunseling yang kondusif dan teraputik.
- Menerima semua klien tanpa syarat.
- Memenuhi temujanji klien.
- Memaklumkan perubahan tarikh atau
masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang
lain.
- Menjalankan sesi kaunseling dengan
penuh etika dan profesional.
- Menjalankan sesi kaunseling dalam
tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
- Menerima dan melayan klien
kaunseling krisis dengan serta merta.
- Melaksanakan program yang
dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
MATLAMAT
- Membantu dan membimbing pelajar memahami potensi dirinya
dalam menyesuaikan diri dalam persekolahan dan pekerjaan
SESI KAUNSELING INDIVIDU
Sesi Kaunseling
Individu merupakan salah satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua pelajar.
Kebanyakan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik,
kekeluargaan, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa,
kerjaya, psikososial dan sebagainya.
SESI
KAUNSELING KELOMPOK
Kaunseling Kelompok
diadakan antara tiga atau lebih individu. Penggunaan interaksi kelompok adalah
untuk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkah laku
ahli-ahli kelompok.
Jenis-jenis
Kelompok.
(1)
Kelompok Bimbingan
Contoh-contoh
tajuk yang dibincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan masa,
kemahiran belajar,
pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti,
pengurusan stres dan sebagainya.
(2)
Kelompok Kaunseling
Kelompok
ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dengan
penyeliaan kaunselor.
(3)
Kelompok lain
- Kelompok
terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.
- Sangat praktik.
Dapat menjimatkan masa. Selesaikan masalah yang sama secara kelompok.
- Klien mempunyai
peluang mencuba tingkah laku baru dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli
lain.
- Klien akan merasa
kurang tertekan apabila mengetahui orang lain juga mempunyai masalah yang
sama.
Unsur-unsur
terapeutik dalam kaunseling kelompok.
(1) Memberi harapan kepada klien.
(2) Perasaan selamat dan mendapat sokongan.
(3) Kesatuan antara ahli-ahli.
(4) Mempelajari sesuatu dari ahli lain.
(5) Pembelajaran interpersonal (perseorangan)
Prinsip
Kerahsiaan dalam Kaunseling.
(1) Tanggungjawab
kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bukan muktamad. Dalam situasi
tertentu, maklumat klien boleh dedahkan.
(2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau
orang ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg telah diketahui umum – kaunselor tidak terikat
dengan kerahsiaan lagi.
Kepentingan
Kerahsiaan
(1)
Klien rasa selesa dan selamat untuk meluahkan perasaan
(2)
Klien boleh mengharapkan bantuan kaunselor dan menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada kaunselor untuk membantu
Situasi
pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien
membahayakan diri dan orang lain.
(2) Klien
sendiri meminta maklumat tentang dirinya didedahkan.
(3) Mahkamah
meminta maklumat didedahkan.
(4) Kaunselor
mencurigai klien seperti ada penderaan berlaku.
OBJEKTIF
Objektif perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah :
- Guru Bimbingan
kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupaka
teras perkhidmatan Bimbingan kaunseling di sekolah.
- Sebagai perkhidmatan yang
mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati
dan permasalahan mereka, seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan
betul.
- Agar Guru Bimbingan
kaunseling boleh mendahului (win over)
jangkaan tindakan-tindakan yang diluar norma sosial dalam kalangan
murid muridnya.Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang
kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.
FOKUS PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Perkhidmatan Bimbingan
kaunseling dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada
program dan aktiviti seperti berikut;
- Pembangunan dan pengembangan
sahsiah diri murid.
- Peningkatan disiplin diri murid.
- Pendidikan kerjaya murid.
- Psikososial dan kesejahteraan
mental murid.
FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN
PENGEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID
Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti sendiri
(character) murid daripada aspek berikut :
- Sikap Penyayang (kepedulian)
- Budi bahasa
- Konsep sendiri
- Kepemimpinan
- Komunikasi
- Kekemasan diri
- Ketepatan masa
FOKUS 2 : PENINGKATAN
DISIPLIN DIRI MURID
Fokus ini adalah memupuk
disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah
mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.
FOKUS 3 : PENDIDIKAN
KERJAYA MURID
Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid
mengenai maklumat berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus
ini, guru Bimbingan kaunseling hendaklah :
- Melaksanakan program Pendidikan
Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti
potensi diri , minat , sikap dan hala tuju kerjaya.
- Menyediakan Profil Kerjaya setiap
murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan
pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.
- Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kejaya atau meneruskan penggajian ke institusi-intitusi pengajian tinggi awam atau swasta.
FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID
Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru Bimbingan kaunseling
hendaklah :
- Membimbing murid dalam proses
sosialisasi dan interaksi.
- Membimbing murid dalam aspek
pengurusan emosi.
- Membantu murid mengembangkan
pemikiran yang positif.
KAEDAH PELAKSANAAN
1.Pengurusan Profil Murid
Fokus ini adalah menyediakan pangkalan Profil Murid yang bertujuan
untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis
ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan
lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru Bimbingan kaunseling hendaklah :
- Menyediakan profil setiap murid
bermasalah disiplin.
- Menyediakan profil setiap murid
ponteng sekolah.
- Menyediakan profil kerjaya setiap
murid.
- Menyediakan profil murid dari segi
kesejahteraan mental/emosi.
Profil ini hendaklah
mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid , latar belakang ibu
bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca masalah dan status
tindakan penyelesaian.
2.Pelaksanaan Pendidikan
pencegahan
Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang
memudaratkan diri seperti kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok
termasuklah bahan inhalan.
Fokus ini juga memberi
pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada
terllibat dengan jenayah rogol dan bunuh diri.
3.Konsultasi keibubapaan
Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab
diri dalam keluarga di mana :
- Kemahiran keibubapaan akan
diterapkan bermula dari alam persekolahan.
- Pelaksanakan aktiviti engagement
bersama ibu bapa murid.
4.Pengembangan Kemahiran
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft
skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru Bimbingan
kaunseling hendaklah;
Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
Melatih PRS agar berupaya
memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan 'Bantu Diri Untuk Orang
Lain' dengan :
- PRS sebagai role
model kepada orang lain
- Memberi galakan
kepada rakan-rakan agar bersikap positif.
- Menjadi rakan yang
peka kepada orang lain.
5. Murid Berkeperluan Khas
Fokus ini adalah memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan
khas kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.
Fokus ini juga
memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skill dan hala
tuju kerjaya murid berkeperluan khas.
Membimbing murid normal
yang lain untuk menerima , membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada
murid-murid berkeperluan khas.
6. Penyampaian (outreach) perkhidmatan
Membuat sebaran kepada
murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru Bimbingan serta faedah
yang diperoleh daripada perkhidmatan Bimbingan Kaunseling.
Sebaran berkaitan peluang-peluang
pendidikan dan kerjaya murid.
7.Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
Perkidmatan Kaunseling Individu dan
Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama
guru Bimbingan Kaunseling.
Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok
pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
PENGURUSAN
1.Menjalankan Tugas Luar
Seorang guru Bimbingan
Kaunseling boleh dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah mereka
dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun
hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.
Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru Bimbingan Kaunseling diarahkan
:
- Mengikuti kursus , latihan termasuk menyambung
pengajian dalam tempoh masa yang panjang.
- Menjalankan tugas luar apabila
berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu
tempat. Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar
yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat
mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri
terlebih dahulu.
Dalam hal ini, tugas
luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh KPM, JPM dan PPD.
2. Kelas Ganti
Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh
Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.
Semasa bertugas sebagai guru ganti di
sesebuah bilik darjah , mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti
yang berkaitan perkhidmatan Bimbingan Kaunseling.
Guru Bimbingan Kaunseling
boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling sebagai panduan
dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.
3.Jadual Waktu
Tempoh masa bertugas Guru Bimbingan Kaunseling adalah sama seperti guru PdP.
Walau bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagi Guru Bimbingan Kaunseling
di sekolah perlu lebih fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas
seseorang Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah tidak terikat sama seperti masa
bertugas guru PdP di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan
tugas seharian Guru Bimbingan Kaunseling.
Sesi bertugas mereka hendaklah lebih
fleksibel (flexi) kerana fungsi mereka termasuk aktiviti engagement bersama
ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk dengan
pemimpin-pemimpin masyarakat dan komunikati di luar sekolah di mana aktiviti
tersebut hendaklah hanya untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah.
4.Perkapita Grantt (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah
PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan
kaunseling hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan
Bimbingan Kaunseling yang berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7
(Fokus Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling).
5. Sokongan Pentadbir Sekolah
Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru
Bimbingan Kaunseling berfokus kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Disiplin
Murid. Dalam hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru Bimbingan
Kaunseling memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan
kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan Bimbingan
Kaunseling.
Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah
membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru Bimbingan
Kaunseling akan keberkesanan perkhidmatan mereka.
No comments:
Post a Comment